Back to Top
Back to Home
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang ke laman web saya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman web ini.

Melalui laman web ini, anda akan mengenali serba sedikit mengenai diri saya, struktur organisasi PBB Cawangan N7 Samariang serta perancangan kami untuk menaiktaraf dan meningkatkan kualiti penduduk serta kemudahan di kawasan DUN N7 Samariang khususnya dan negeri Sarawak amnya.

Saluran seperti ini adalah lebih berkesan kerana anda boleh menghubungi saya secara langsung melalui e-mel atau facebook sekaligus membolehkan saya memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada rakyat.

Akhir sekali, saya selaku wakil rakyat DUN N7 Samariang, amat mengalu-alukan sebarang komen, pandangan mahupun cadangan dan Insya-Allah saya akan memastikan perhatian sewajarnya akan diambil untuk kebaikan dan kepentingan semua.

Ikhlas, YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri